Perancangan Penerbitan Video

Sebelum menerbitkan sebuah penerbitan, perancangan yang rapi perlu dilakukan. Skrip boleh dilakukan sendiri, mengupah penulis skrip atau dijalankan secara kumpulan. Cara ini lebih mudah kerana percambahan idea boleh dilakukan sehingga dapat menghasilkan idea yang kreatif. Pengagihan kerja juga boleh dilakukan bagai meringankan beban seperti membuat penyelidkan, membuat rujukan dan yang paling penting adalah idea.

Setelah idea diperolehi, SINOPSIS, TREATMENT( OLAHAN CERITA) dan SKRIP bolehlah dikarang. Setelah semuanya selesai maka KERTAS CADANGAN disiapkan yang mengandungi maklumat-maklumat seperti:

  • NAMA RANCANGAN: nama rancangan dimana skrip atau rancangan berkenaan ingin disiarkan. 
  • JENIS RANCANGAN: saperti dokumentari, rancangan majalah atau masakan. 
  • TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI; tajuk penerbitan tersebut. 
  • KHALAYAK SASARAN: khalayak umum atau khusus seperti wanita. 
  • TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA: mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai contohnya seperti konsep SATU MALAYSIA. - 
  • BAHASA SIARAN: bahasa pengantar.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK