Test Footer

25 July 2011

Pengurusan Pusat Sumber

1. Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia kini telah melangkah ke suatu era yang lebih mencabar. Selaras dengan itu kemudahan perkhidmatan maklumat yang sedia ada di pusat-pusat sumber sekolah di seluruh Malaysia perlu dipertingkatkan supaya memenuhi citarasa pendidikan semasa. Justeru itu, pembangunan pusat sumber sekolah (PSS) secara yang lebih ideal akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya satu garis panduan beserta piawaian yang lengkap bagi membantu pengurusan pusat sumber sekolah dari segi :
  • Perkhidmatan
  • Perkembangan Koleksi
  • Struktur Organisasi
  • Kemudahan Fizikal
  • Pentadbiran
2. Perkhidmatan
2.1 Pertimbangan umum

Perkhidmatan yang disediakan oleh PSS haruslah menyokong pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kurikulum. PSS hendaklah menyediakan program-program yang bertujuan mengmbangkan kemahiran mencari maklumat untuk pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.Perkhidmatan yang baik haruslah merangkumi :
  1. Pengajaran dan pendedahan dalam penggunaan PSS yang berkesan.
  2. Panduan kepada bahan yang diperlukan.
  3. Penyebaran maklumat.
  4. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah adil kepada semua pengguna. (pendemokrasian maklumat).
Untuk mengoptimumkan akses kepada kandungan koleksi, pihak pusat sumber haruslah menyelenggara dan mengemaskinikan rekod-rekod koleksi yang lengkap dan konsisten serta selari dengan piawaian khusus.

2.2 Perkhidmatan Perpustakaan:
Kemudahan pembacaan (rujukan dan pinjaman).
Panduan dan perkhidmatan pembaca dan pengguna.
Orientasi perpustakaan
Panduan pengguna (user guide)
Penggunaan kad katalog
Kesedaran isu-isu semasa
Panduan penggunaan internet
Perkhidmatan maklumat
Pameran dan promosi maklumat
Pinjaman bahan bacaan dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Pusat Sumber Negeri (PSPN).

2.3 Perkhidmatan Teknologi Pendidikan
  1. Kemudahan penggunaan bilik Alat Bantu Mengajar (ABM) dan bilik Alat Pandang Dengar (APD) termasuk bilik tayang.
  2. Memberi khidmat nasihat penggunaan alat.
  3. Menyediakan peralatan untuk semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  4. Kemudahan membuat rakaman.
  5. Membantu penghasilan media pengajaran dan pembelajaran.
  6. Kemudahan pinjaman bahan media pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Perkhidmatan Penerbitan dan Dokumentasi
  1. Khidmat nasihat penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  2. Menerbitkan majalah, brosur, buletin, risalah, 'blue print' sekolah dan apa-apa bahan yang berkaitan dengan kegiatan di sekolah.
  3. Mencetak bahan-bahan penerbitan sekolah.
  4. Merekod dan menyimpan bahan-bahan terbitan sekolah.
2.5 Polisi Perkhidmatan
  1. Keahlian-Keahlian Terbuka
  2. Semua murid atau pelajar
  3. Semua guru
  4. Staf sokongan Keahlian Terhad (dengan syarat mendapat izin pihak pentadbir sekolah)
  5. Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  6. Persatuan murid tua / Bekas pelajar
Bahan hilang
Pengguna hendaklah menggantikan bahan-bahan pinjaman yang hilang atau membayar harga bahan-bahan tersebut. Sekiranya pengguna gagal melakukan perkara (a), pihak sekolah akan menahan keputusan-keputusan peperiksaan atau menahan dokumen-dokumen pelajar terbabit seperti sijil tamat sekolah dan sebagainya.

2.5.3 Denda lewat Denda 10 sen sehari bagi setiap bahan di rak terbuka dan 30 sen sejam bagi koleksi bertanda merah bagi setiap pengguna.

2.5.4 Bayaran perkhidmatan internet dikenakan mengikut tempoh masa seseorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

2.5.5 Pinjaman Buku Bilangan maksima buku yang boleh dipinjam oleh setiap pengguna ialah: 1 buah buku : Ahli terhad (jika ada) 2 buah buku : pelajar 3 buah buku : Pengawas perpustakaan 6 buah buku : Staf sekolah

3. Perkembangan Koleksi
3.1 Objektif
  1. Menetapkan piawaian asas bagi pembangunan atau pembinaan koleksi bahan PSS.
  2. Memastikan keseimbangan koleksi dari segi kuantiti dan kualiti bahan.
  3. Memberi panduan kepada pembangunan pembinaan koleksi.
  4. Memastikan terdapat keseragaman dalam proses penilaian, pemilihan dan perolehan koleksi bahan.
  5. Memastikan keseimbangan dari segi pembahagian koleksi selaras dengan keperluan pengguna.
3.2 Dasar pemilihan umum

Perolehan bahan PSS hendaklah selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.

Membuat cadangan perolehan melalui jawatankuasa induk PSS yang terdiri daripada ketua-ketua panitia mata pelajaran.Perolehan adalah berdasarkan kepada kehendak kurikulum dan kokurikulum sekolah serta minat pengguna. Membuat kajian ke atas aliran penggunaan bahan dan statistik koleksi semasa. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan bahan :
  1. Boleh menyokong proses pendidikan berasaskan perbezaan minat, kebolehan dan tahap pemikiran pengguna.
  2. Mengisi keperluan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
  3. Menambah ilmu pengetahuan pengguna
  4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  5. Memperkayakan perbendaharaan kata pengguna.
  6. Memupuk semangat integrasi nasional.
  7. Membina akhlak mulia.
  8. Membina sikap tanggungjawab pengguna terhadap agama, bangsa dan tanah air.
3.3 Pembinaan koleksi baha:
  1. Pembinaan koleksi bahan perolehan pusat sumber hendaklah berunsurkan:
  2. Kekemaskinian
  3. Kepelbagaian jenis
  4. Kecukupan bahan
  5. Keseimbangan agihan koleksi
  6. Keseimbangan agihan jenis bahan
  7. Keseimbangan dari segi aliran bahasa
  8. Menolak sebarang bentuk bahan yang mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Media Pengajaran

Konsep Media dan Media Pengajaran.
Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua:
–Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.
–Pelbagai Saluran Komunikasi Media
Surat khabar, radio dan televisyen

Reiser dan Gagne (1983)
Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.
Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Konsep media menurut Torkleson
a) Mesej: lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

b) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk
bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

c) Saluran Mesej:
lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan
mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD
dan sebagainya.

Media Pengajaran
Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

Definisi Media Pengajaran.
lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

Fungsi Media Pengajaran (MP)
Kelebihan MP
1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.
2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

Apps Pembelajaran

TRAFIK