30 October 2017

Kemahiran Memproses dan Penyediaan Bahan Bertulis

Apakah Maklumat?

Maklumat ialah suatu bentuk penerangan yang dibuat berdasarkan sumber yang diperolehi dalam bentuk data hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang kemudiannya dapat memberi manfaat dan menambah tahap pengetahuan kepada penerima maklumat tersebut.

Brown (dipetik dalam Paisley dan Chen,1982), maklumat boleh didefinisikan sebagai sistem yang menterjemahkan mesej supaya dapat disimpan, mendapatkan kembali dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya menjadi sumber akhir yang sedia untuk digunakan.

Nota Penuh...

29 October 2017

Teknik Membaca

Antara topik perbincangan ialah: 
Skim: Baca sepints lalu Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki. 
Question: Menyoal Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki. 
Read: Membaca Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama. 
Recite: Menyebut kembali Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan 
Review: Menyemak Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

Nota Penuh...

28 October 2017

Sistem Pengurusan Pembelajaran

Nota ini berkaitan Sistem Pengurusan Pembelajaran” (Learning Management System - LMS) iaitu istilah yang digunakan dengan meluas untuk sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara dalam talian untuk  para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Topik lain juga dibincangkan

Nota Penuh...

26 October 2017

Sikap Terhadap Pentaksiran

Nota kursus ini mengandungi:
  • Jenis-jenis pentaksiran 
  • Persediaan untuk pentaksiran 
  • Tugasan Individu 
  • Tugasan Berkumpulan 
  • Integriti Pelajar
Nota Penuh...

24 October 2017

Penyesuaian Sosial

Tajuk Perbincangan:

  • Kemahiran interpersonal dan intrapersonal 
  • Pelajar sebagai Ahli komuniti Pembelajaran 
  • Isu-isu Perkongsian Maklumat 
  • Isu Gender dalamKecemerlanganAkademik

Nota Penuh...

21 July 2017

Apps : Aplikasi KBAT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Memperkenalkan Apps KBAT myFikir untuk panduan kepada guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Segala maklumat telah disusun oleh editor yang memberikan kemudahan memilih kata tugas berdasarkan 4 fasa Model Proses Kreativiti Terarah yang digalakkan penggunaannya dalam kalangan guru. 

Jika anda telah menggunakan apps, kami memerlukan anda menjalani soal selidik demografi. Sila klik pautan berikut: Soal selidik Demografi

Dua aplikasi disediakan iaitu versi IPG dan versi Sekolah. Sila muat turun salah satu aplikasi tersebut secara PERCUMA dengan mengimbas logo QR myFikir dengan aplikasi QR code smartphone anda:



Berikut adalah senarai kandungan aplikasi dan antara muka paparan apps.

KANDUNGAN
- Konsep KBAT 
- Model KBAT 
- Dimensi Pengetahuan 
- RPH KBAT 
- Tahap Kognitif 
- Aktiviti KBAT 
- Soalan KBAT 

 PAPARAN:





Paparan antaramuka mungkin sedikit berbeza dengan aplikasi sebenar.


Soal selidik demografi apps myFikir:

Setelah anda menggunakan apps ini, kami memerlukan anda melakukan tinjauan demografi. 
Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

01 November 2016

Kemahiran Belajar

Pengurusan Pembelajaran



Objektif kursus ini adalah:
Menyatakan matlamat diri dan akademik.
Pengurusan masa harian kendiri.
Gaya pembelajaran kendiri.
Membezakan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
Menjelaskan strategi untuk meningkatkan ingatan
Menghasilkan jadual waktu belajar kendiri

Nota penuh...



Teknik Membaca


Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System)



Sikap Terhadap Pentaksiran


Penyesuaian Sosial



28 June 2016

Reka Bentuk Pengajaran

Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.

27 June 2016

Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Gaya Pembelajaran EDU3105

Penyediaan dan perancangan reka bentuk pengajaran terutama yang berasaskan kepada Model ASSURE memerlukan pertimbangan dari aspek gaya pembelajaran murid-mnurid. Penentuan objektif, pemilihan kaedah dan media serta aktiviti yang bakal dirancang perlu mempertimbangkan gaya pembelajaran. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakakan berkaitan gaya pembelajaran

26 June 2016

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn


Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1 di bawah.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Stimulus
Unsur
Ciri-ciri
1.
Alam Sekitar
Bunyi
Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

Cahaya
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya.

Suhu
Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas.

Pola
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.
2.
Emosi
Motivasi
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

Ketabahan
Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

Tanggung-
jawab
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.

Struktur
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.
3.
Sendiri
Suka belajar secara sendirian.
Sosiologi
Pasangan
Suka belajar secara pasangan.

Rakan
sebaya
Suka belajar dengan rakan sebaya.

Pasukan
Suka belajar dalam pasukan.

Guru
Suka belajar dengan bimbingan guru

Pelbagai
cara
Dapat belajar dengan mana-mana cara  yang tersebut di atas.
4.
Fizikal
Persepsi
Suka belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak  atau melalui pengalaman.

Makan
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.

Waktu
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.

Gerakan
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
5.
Psikologi
Global 
atau
Analitik
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.
Otak Kiri 
atau
Otak Kanan
Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;
Pelajar yang  memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.
Impulsif 
atau 
Reflektif
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

Pembelajaran Abad Ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi

(Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
  • Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
  • Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
  • Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  • Literasi Maklumat (Information Literacy)
  • Literasi Media (Media Literacy)
  • Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,Communications and Technology) Literacy)
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  • Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  • Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
  • Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  • Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
  • menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
  • memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
 Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi

Bentuk pengajaran dan pembelajaran ini perlu dipraktikkan demi meneruskan kelangsungan pendidikan bertaraf dunia.

Peta Pemikiran i-Think:

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. 

Daftar dalam i-Think Malaysia : Pendaftaran




Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Kajian yang telah dijalankan oleh TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment) mendapati 
kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. 

Kajian tersebut mendapati, murid mempunyai berpengetahuan tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Murid perlu dilatih membuat analisis dan perbincangan. Program i-THINK bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Peta Pemikiran i-Think:
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan, iaitu:

1. Peta Bulatan 

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks .... Muat turun 

2. Peta Buih 
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian. .... Muat turun 

3. Peta Buih Berganda 
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu .... Muat turun 

4. Peta Pokok 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea. .... Muat turun
5. Peta Dakap 
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama. .... Muat turun
6. Peta Alir 
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. .... Muat turun 

7. Peta Pelbagai Alir 
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut. .... Muat turun 

8. Peta Titi 
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan. .... Muat turun

Anda boleh menggunakan kertas atau perisian untuk memetakan i-Think. Antara perisian yang dicadangkan ialah:

Kaedah Amali

Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing.

Teknik simulasi

Teknik Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat.  Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 
  1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan
  2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.
  3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
  4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.
  5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
  6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : 
P1- Kenal pasti masalah 
P2- Rancang penyelesaian 
P3- Kumpul maklumat 
P4- Buat tafsiran 
P5- Buat kesimpulan

 

Pengunjung Blog

Flag Counter

Ahli Blog

TRAFIK